![]()

SMK
Tun Syed Zahiruddin merupakan sebuah sekolah menengah baru yang dibuka di
Negeri Melaka pada tahun 2011. Ia terletak di Kg Ayer Tawar, Merlimau di dalam
Daerah Jasin.
Penubuhan
sekolah ini dibuat kerana kepadatan bilangan murid di sekolah-sekolah menengah
berhampiran seperti SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub dan SMK Dang
Anum. Sekolah ini mula di bina pada tahun 2008 dengan kos pembinaan RM 28
juta dibawah RMK Ke 10 dan siap sepenuhnya pada 1 November 2010. Ia dibina di
kawasan seluas 25 ekar dan luas kawasan untuk bangunan pendidikan dan kemudahan
asas yang lain adalah 15 ekar.
Sekolah
ini menawarkan pendidikan menengah daripada tingkatan 1 dan 5 dengan 30 buah
bilik darjah. Selain itu ia mempunyai sebuah dewan tertutup, dewan terbuka,
kemudahan padang permainan, kantin, bengkel kemahiran hidup, makmal sains,
surau, pusat sumber, pusat ICT, bilik rawatan dan lain-lain kemudahan yang
serba lengkap dan cukup.
SMK
Tun Syed Zahiruddin memulakan sesi persekolahannya yang pertama pada 3
Januari 2011 dengan jumlah murid seramai 330 orang ( 91% Melayu, 8% Cina dan 1%
India ) dan guru seramai 25 orang ( 10 guru lelaki dan 15 guru perempuan )
serta 3 staf sokongan. Pengetua yang pertama adalah En Mat Johan bin Jahis.
Kelas
yang dibuka adalah sebanyak 11 buah bilik darjah yang terdiri daripada
Tingkatan 1 ( 4 buah kelas ), Tingkatan 2 ( 4 buah kelas ) dan Tingkatan 4 ( 3
buah kelas ). Bagi membezakan kelas, nama permata telah di gunakan iatu
Berlian, Delima, Mutiara, Nilam, Permata dan Zamrud. Sekolah ini juga
menawarkan kelas Sains Tulin kepada murid tingkatan 4.
Murid
tingkatan 2 dan tingkatan 4 berasal dari SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub, SMK
Dang Anum dan SMK Sg Rambai yang tinggal berdekatan dengan sekolah ini.
Manakala murid tingkatan 1 daripada sekolah-sekolah kebangsaan ( SK ) dan
sekolah jenis kebangsaan Cina ( SJKC ) yang berhampiran sekolah
ini.
Pada
asalnya sekolah ini dinamakan sebagai SMK Ayer Tawar sempena dengan kawasan ia
didirikan. Nama ini telah ditukar kepada SMK Tun Syed Zahiruddin sebagai
mengenang jasa Yang Di-Pertua Negeri Melaka yang ke 4 iaitu Tun Syed Zahiruddin
b Syed Hassan.
No comments:
Post a Comment